Friday, April 20, 2012

Kursus PL/SQL PROGRAMMING ADVANCE

Assalamualaikum...
Da lama aku x update blog.. byk keje akhir² ni... sepanjang minggu ni (5 hari) aku ada kursus kt opis, bilik latihan 2.. kursus PL/SQL advance lg...huhuhuhu, da lah aku xpernah pon join kursus yg basic, terus g yg advance... xbleh blahhh betoiii... tapi yg bestnye... sepanjang minggu ni dapat makan free ler... jimat sikit, bleh simpan duit beli gelang emas(gram la)... hehheehehe


Ari ni pon, xde kelas (kelas kt ukm)... best²... nak balik awal, nk rehat²... penat je akhir² ni...


Monday, April 9, 2012

ICU Hospital Putrajaya

Assalamualaikum....

Hari ni aku nak cite pasal hari jumaat minggu lepas. Mmg mengejutkan, Ya Allah aku bersyukur engkau masih lagi memanjangkan usia nya, dia sihat dan still lagi boleh berada di kalangan kami... aku bersyukur Ya Allah..

Jam 7 mlm : aku terima panggilan telefon dari suamiku, menyatakan keadaan dia amat mendukacitakan.. dia sesak nafas sbb tercekik, menangis & meronta-meronta.. aku capai beg terus drive balik utk ke klinik di mana dia di bawa.. sepanjang perjalanan tu, aku telefon nombor telefon kawan²nya... hati aku xyah cerita la, risau sgt²..sambil aku berdoa, semoga xterjadi apa² padanya, dan dia boleh mengharunginya..

Jam 7.30 mlm : Nombor yang aku dail akhirnya bersambut, ct angkat phone akhirnya, dia ckp mereka semua berada di NCI (Nilai Cancer Institute). Dalam perjalanan tu dorang dok telefon² aku tanya lambat lg ke aku nak sampai ke NCI tu... aduhhhh tgh drive le nihhh..

Jam 7.40 mlm : Lepas park kereta, aku terus menuju ke bilik kecemasan... Masuk je pintu dimana tempat dia di tempatkan, aku tengok badannya terbujur kt atas katil di wad ICU tu, alat bantuan pernafasan, mesin yang bergerak² yang menghasilkan bunyi tett..tett..tettt.. hibanya hati aku saat itu... rasa nak menitik airmataku, aku tahan dalam² perasaanku... aku mesti kuat.. aku pegang tangan dia, aku bisikkan kalimah Lailahaillahh... perlahan² di telinganya, aku suruh dia buka mata... tp dia langsung tidak menunjukkan reaksi... dalam hati aku, xputus² berdoa semoga Allah panjangkan umurnya, semoga Allah beri dia kesihatan...

Jam 9.00 mlm : Masa pantas berlalu, doktor di NCI xbleh wat ape², mereka suggest di bawa ke hospital kerajaan, selepas bertekak alar kadar dengan 'bos' dia (geram je aku, dgn orgtua ni, degil gila..xnak dengar saranan doktor) akhirnya dia di bawa ke hospital putrajaya.. aku terpaksa balik umah, ambik baju, salin baju dan mandi sebabnya aku da seharian di ofis kan... xkan nak pakai baju tu lagi... otw nak balik umah tu, ct bagi cadangan soh aku ajak saly temankan..balik umah mandi, kemas ape yang patut, lepas tu siap² g hospital putrajaya...

Jam 10.00 mlm : Sampai di hospital putrajaya, aku terus ke wad icu, aku tgk bos dia dan kak an dok kt ruang menunggu.. abes dia cmner.. sakitnya hati aku saat itu... aku g tanye kaunter, dorg soh tunggu, katanya patient sedang di rawat oleh doktor, aku keluar ke ruang ketibaan kecemasan tu.... hati aku tuhan aje yang tahu, aku telefon umi, nangis² cerita keadaan dia, umi pon turut nangis sbb sedih dengan keadaan dia... kami xtau nak wat ape.. keadaan dia tadi memang langsung tak sedarkan diri, kalo dia sedar pon, dia merintih² cakap sakit²... kesian sgt... puas aku pujuk hati aku...hanya doa je yang mampu aku buat saat tu.

Jam 11.00 mlm : Akhirnya, bos dia panggil aku sbb dia da marah petugas kt hospital tu, ckp kami da menunggu hampir 2 jam.. time dah pukul 11.30 mlm.  aku melangkah masuk, mencari² di mana kelibat dia.... masa bertentang mata dengannya... saat aku tengok dia da sedarkan diri, boleh senyum kt aku... aku lega sangat² ya Allah... lega selega-leganya.... :) sementara menunggu utk di periksa oleh Dr. Pakar...

Jam 12.30 tgh mlm :  Akhirnya tulang tu dapat ditarik keluar… syukur sgt² xyah way operation kecil sbb tulang yang tercekik tu berjaya ditarik keluar.. lepas ambik ubat, kami balik… smp rumah hampir jam 2.30 pg… ngantok usah cerita la… esoknye aku ada program Treasure Hunt kt putrajaya… nnt esok aku update pasal Putrajaya Treasure Hunt (PTH) ni.