Friday, November 14, 2014

Dalam dilema

Assalamualaikum...
hari ni nak cerita berkaitan dilema. Memang betul dalam dilema..berkaitan nak redeem kupon cosway..entry pasal kupon cosway la kan, boleh la..aku tak tahu nak buat keputusan, barang mana yang aku nak redeem. Ketiga-tigapon best..best..best..


1. Bread maker jenama Empress (pic sumber google)
harga retail rm499, free 220 kupon.


2. Bread maker jenama Kenwood (BM366)
(pic sumber google)
harga retail rm729, free 410 kupon.



3. Mixer jenama Kenwood (KMX51)(pic sumber google)
harga retail rm2699, free 1500 kupon.

Buat masa sekarang ni, aku dah ada mixer yg biasa-biasa cap ayam tu.. keperluan utama nak uli doh aje.. sebab aku berangan-angan nak meroti sekarangni..ermm.. kena fikir masak-masak ni.. 

Sunday, October 19, 2014

Resepi: Lasagna

Assalamualaikum...dah lama rasanya aku x update blog. 
Almaklum la, bz sgt2...bz ke? Hihihi...ok, kali ni aku nak cite pasal mengidam..

Biasanya orang yang mengandung akan ada perasaan mengidam ni...hehe, iye la tu.. aku sekarangni sedang mengandungkan anak ke-2. Ahamdulillah, dengan rezeki yang Allah bagi. Minggu ni usia baby dah masuk 19 minggu.. 

Oleh sebab mengidam punya pasal, pukul 11.30 malam, aku masih sibuk di dapur untuk penuhi keinginan tekakku ini.. Maka terjadilah lasagna versi aku...jom kita tengok dulu antara bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan lasagna ni.



Bahan-bahan yang diperlukan

Tumis 2bj bwg merah & selabu bwg putih
dgn menggunakan 5sudu myk zaitun

Lasagna sedang dibakar


Lasagna yang sudah siap dibakar, tunggu untuk dimakan je


Lasagna selepas dipotong...sedia untuk dimakan.

Tuesday, November 19, 2013

Power Pumping bagi memperbanyakkan susu ibu


Apa itu POWER PUMPING?


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni aku nak cerita berkaitan dengan kebaikan susu ibu. Aku percaya ramai ibu-ibu sekarang sudah terdidik dan terbuka minda tentang kebaikan susu ibu yang mana susu ibu mempunyai 1001 khasiat yang sukar dirungkai. Kebanyakkan ibu-ibu muda sekarang ni terutamanya yang sedang mengandung atau merancang untuk mengandung dalam tempoh terdekat secara automatik sudah mula belajar cara-cara untuk menyusukan anak secara eksklusif. Oleh itu ilmu penyusuan tu amat penting tak kira la samada anda seorang pegawai eksekutif, guru sekolah mahu pun suri rumah. Seperti aku sendiri ketika mengandung lagi aku sibuk belajar mengenai ilmu penyusuan dengan harapan aku akan menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun, insyaAllah..



Kalau anda ibu menyusu, anda mesti biasa mendengar istilah POWER PUMPING. Apa sebenarnya power pumping? Ia adalah kaedah untuk meningkatkan production susu untuk ibu-ibu yang mungkin mempunyai masalah production susu. Selain itu, antara mereka yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah:

  • Ibu yang cuba menyusu anak angkatnya - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar
  • Ibu yang terpaksa buat stok susu yang banyak dalam tempoh yang singkat kerana ke out station atau terpaksa menjalani pembedahan
  • Ibu yang relaktasi - Mungkin anaknya sudah berhenti menyusu selama beberapa bulan dan ibunya mengambil keputusan untuk menyusukan semula anaknya
  • Expressing Pumping mother - Bayi yang dilahirkan tidak ingin menyusu secara terus, sebaliknya lebih suka menyusu dengan menggunakan botol yang diisi dengan susu ibu
  • Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor seperti  period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan masalah lain-lain


Kaedah POWER PUMPING


Kaedah ini boleh digunakan sama ada anda menggunakan teknik perahan menggunakan tangan, pam manual, pam elektrik single, mahupun pam elektrik double. Sekiranya anda menggunakan tangan untuk memerah, anda boleh perah selama 10 minit di sebelah kanan, kemudian berhenti selama sepuluh minit, dan kemudian perah lagi di sebelah kiri selama sepuluh minit. Ulangi step tersebut sehingga satu jam. Begitu juga dengan pam manual mahupun electric single pump.

Kalau menggunakan electric double pump, tak kisah la brand apa pon, anda boleh memerah secara serentak selama sepuluh minit. Berhenti selama sepuluh minit dan kemudian sambung pam lagi selama sepuluh minit sehinggalah satu jam.

Saranan waktu mengepam


Kaedah ini sangat disarankan untuk dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Waktu terbaik adalah ketika di awal pagi, dari jam 1 atau 2 pagi sehinggalah subuh kerana ketika waktu ini, hormon prolaktin sedang meningkat. Tetapi harus diingat, ketika di peringkat permulaan mencuba POWER PUMPING, susu takkan bertambah secara mendadak dan terus melimpah ruah yang pasti ia mengambil masa. Asalkan kita rajin dan konsisten, InsyaAllah rezeki untuk baby pasti ada…disamping tu, jangan lupa berdoa.. semoga dipermudahkan… selamat berjaya!!


Hasil untuk 1 sesi mengepam... Alhamdulillah, syukur...rezeki anakku

Wednesday, July 24, 2013

Bagan Lalang

Pantai Bagan Lalang..

Open table kt bagan ari ni di sponser oleh aku...Itu pun secara kebetulan adik aku, akmal ada skali.Antara sbb lain adalah pada malam sblmnya dia telah menjamu kami durian beli tepi jalan kt Nilai..

Saturday, February 16, 2013

Kenangan Melahirkan Muhammad Adam Syahmi (part1)

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah.. syukur Ya Allah, hari ni genap 15 ari aku berpantang & usia Muhammad Adam Syahmi. Syukur dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang berpantang ni.... Boleh dikatakan sepanjang mggu ni dok ulang alik ke Hospital Putrajaya.. 

ok kali ni nak share story aku bersalinkan baby Adam Syahmi.. Oleh sebab ini adalah pengalaman pertama aku bersalin so memang tak dapatla untuk aku membandingkan rasa sakit yang aku tanggung tu. Nanti la, kalo diberi kesempatan untuk bersalin lg..(hihihi, yg ni pon x settle lg.. ada ati tu) masa tu mungkin aku boleh buat perbandingan yea..


30 Jan 2013 (Rabu)
Pagi..
Hari ni, aku g keje cam biasa, smp opis kul 8.30pg. Letak² je handbag terus aku g toilet sbb rasa xselesa, mcm period gitu.. sekali aku tgk ada darah, terus panik..hahaha, aku bknnye ada pengalamankan, bgtau kt kawan² opis, dorg pon kelam kabut suruh aku gi Hospital Putrajaya..hahahha, lawak je kawan² aku ni.. masa ni, xde rasa sakit pon, cuma da kuar darah je, aku telefon en. suami tercinta, soh dtg opis bawak aku g hospital, en. suami pon kt tmpt keje gak.. dlm sejam en. suami sampai, terus kami gerak ke hospital.

Sampai hospital, tunggu nurse pasang peralatan ctg kt perut tu, nak pantau baby, nurse tinggalkan aku, perasaan aku masa tu usah cerita la berdebar² sebab xtau ape nk jadi lepas ni.. Dlm setengah jam nurse dtg tgk graf, hukhuk.. nurse ckp baby tdo.. dia kejutkan baby, kejap² baby keraskan badan..dalam sejam lebih jugakla, Doc pon ada la dtg check jalan, tp lgsg xde apa2 bukaan lg.. lepas dorg puas hati, dorg ckp amik masa sikit untuk tunggu proses bukaan tu, lagipon ini kan anak sulung.. ada kes amik masa sampai 3 ke 4 ari. So selepas segalanya settle, dorg soh aku balik umah dulu, pantau sendiri, kalo rasa sakit yg kerap dalam 5 minit skali.. terus g hospital.. so aku dapatla mc utk hari tu..oleh sebab x rasa sakit lg, balik tu kami g mkn nasi kandar Kelantan kat Nilai.

Petang
Petang tu kami menjelajah sume bank kt Bndr Baru Salak Tinggi, update buku bank la, kuarkan duit la.. Dlm kul 3 baru balik umah, penat..mandi dan berehat2... smbil dok tggu2 ape yg bakal berlaku nnt..baby kurang bergerak cuma lebih kerap la keraskan badan.. dapat la aku berehat kumpulkan tenaga, masa tu ok² je smp la mlm...

Malam
Dlm kul 1.30 pg, tersedar ada contraction, kejap2 ada kejap2 xde, tdo2 ayam je la, makin lama makin kerap, dalam kul 4pg cmtu kami sepakat nak g hospital, sbb contraction makin kerap..siap2 ape yg patut, terus zass kami ke hospital putrajaya. Pukul 4.30 pg sampai hospital, sekali lg nurse pasang ctg kt perut tu dan skali lg baby masih lg tdo.. nape anak ibu asyik tdo je ni, nurse kejutkan baby, terasa baby bergerak² then tido lagi... mulut xputus berdoa dan berzikir semoga dipermudahkan segala urusan..Doc datang check jalan, baru 1cm., adehhh.. sepanjang ari tu, cuma 1cm je.. sakit da makin kerap.. dan sekali lg doc. suruh balik.. huwaaaa.. xnak balik.. tp br 1cm, lama lg doc ckp, nak2 anak sulung.... nnt smbung lain la..

Tuesday, June 5, 2012

Anakku Jantung Hatiku

Bismillahirrahmanirrahim

Ya Allah aku bersyukur kepadaMu.. Tq Ya Allah di atas kurniaan ini. Semoga anak ibu lahir nnt dengan sempurna, putih, comel, cukup sifat, sihat dari segi mental + jasmani.. kalo anak ibu lelaki (hensem mcm ayah) kalo perempuan (comel macam ibu la, ahakss comel ke ibu ni?) tp ibu tak kisah la, samada anak ibu ni lelaki ke perempuan ke.. ibu terima seadanya.. InsyaAllah anak ibu nanti jadi anak yang soleh + solehah yang boleh mendoakan kesejahteraan kami sebagai ayah & ibu kelak.. 

Baru la aku sedar, ape yang aku rasa selama ni memang ada kaitan dengan org baru ni.. byk yang aku rasa. Perut cm sebu, cam penuh je, rasa tak selesa, rasa cam ada angin penuh dalam perut ni.. badan cepat letih, jalan sikit da termengah², pastu mulut cam kecur semacam je.. nak describe pon susah.. tp bagi yang pernah mengalaminya pasti mengetahui. Umi cakap mintak² aku tak alah macam dia, kalo ikut dia mmg aku akan alah dengan teruk.. InsyaAllah, anak ibukan baik, mesti ok punya… tp aku belum pergi klinik check lg, just check sendiri kt umah, pakai pregnancy test je.. 

Tq Allah.. kalo ikut perkiraan tarikh last period (8 april) sepatutnya anak ibu ni da masuk 8 mggu ari ni. 
Mood: hepi sgt²..

Thursday, May 24, 2012

Jalan² Cari Makan

Hari : Jumaat
Date : 11/05/2012
Lokasi : Secret Resipi Alamanda

Seperti biasa, hari jumaat merupakan hari berjalan² sambil makan² dengan kawan² seperjuangan.
Kami bertiga dr kanan (Aku, K.Zila, Yan)






Wan bersama makanan tengaharinya