Tuesday, November 19, 2013

Power Pumping bagi memperbanyakkan susu ibu


Apa itu POWER PUMPING?


Assalamualaikum..

Alhamdulillah, hari ni aku nak cerita berkaitan dengan kebaikan susu ibu. Aku percaya ramai ibu-ibu sekarang sudah terdidik dan terbuka minda tentang kebaikan susu ibu yang mana susu ibu mempunyai 1001 khasiat yang sukar dirungkai. Kebanyakkan ibu-ibu muda sekarang ni terutamanya yang sedang mengandung atau merancang untuk mengandung dalam tempoh terdekat secara automatik sudah mula belajar cara-cara untuk menyusukan anak secara eksklusif. Oleh itu ilmu penyusuan tu amat penting tak kira la samada anda seorang pegawai eksekutif, guru sekolah mahu pun suri rumah. Seperti aku sendiri ketika mengandung lagi aku sibuk belajar mengenai ilmu penyusuan dengan harapan aku akan menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun, insyaAllah..



Kalau anda ibu menyusu, anda mesti biasa mendengar istilah POWER PUMPING. Apa sebenarnya power pumping? Ia adalah kaedah untuk meningkatkan production susu untuk ibu-ibu yang mungkin mempunyai masalah production susu. Selain itu, antara mereka yang sesuai menggunakan kaedah ini ialah:

  • Ibu yang cuba menyusu anak angkatnya - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar
  • Ibu yang terpaksa buat stok susu yang banyak dalam tempoh yang singkat kerana ke out station atau terpaksa menjalani pembedahan
  • Ibu yang relaktasi - Mungkin anaknya sudah berhenti menyusu selama beberapa bulan dan ibunya mengambil keputusan untuk menyusukan semula anaknya
  • Expressing Pumping mother - Bayi yang dilahirkan tidak ingin menyusu secara terus, sebaliknya lebih suka menyusu dengan menggunakan botol yang diisi dengan susu ibu
  • Ibu yang kekurangan susu - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor seperti  period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan masalah lain-lain


Kaedah POWER PUMPING


Kaedah ini boleh digunakan sama ada anda menggunakan teknik perahan menggunakan tangan, pam manual, pam elektrik single, mahupun pam elektrik double. Sekiranya anda menggunakan tangan untuk memerah, anda boleh perah selama 10 minit di sebelah kanan, kemudian berhenti selama sepuluh minit, dan kemudian perah lagi di sebelah kiri selama sepuluh minit. Ulangi step tersebut sehingga satu jam. Begitu juga dengan pam manual mahupun electric single pump.

Kalau menggunakan electric double pump, tak kisah la brand apa pon, anda boleh memerah secara serentak selama sepuluh minit. Berhenti selama sepuluh minit dan kemudian sambung pam lagi selama sepuluh minit sehinggalah satu jam.

Saranan waktu mengepam


Kaedah ini sangat disarankan untuk dilakukan sekurang-kurangnya sekali sehari. Waktu terbaik adalah ketika di awal pagi, dari jam 1 atau 2 pagi sehinggalah subuh kerana ketika waktu ini, hormon prolaktin sedang meningkat. Tetapi harus diingat, ketika di peringkat permulaan mencuba POWER PUMPING, susu takkan bertambah secara mendadak dan terus melimpah ruah yang pasti ia mengambil masa. Asalkan kita rajin dan konsisten, InsyaAllah rezeki untuk baby pasti ada…disamping tu, jangan lupa berdoa.. semoga dipermudahkan… selamat berjaya!!


Hasil untuk 1 sesi mengepam... Alhamdulillah, syukur...rezeki anakku

No comments:

Post a Comment